salam Jumaat hari yang penuh barokah...pastinya hari ini ramai yang sedang bercuti, bersantai bersama keluarga tercinta di hujung minggu...,tapi bagi kami yang tinggal di rantau seberang laut...hari ini hari bekerja...hehee..,
seperti hari2 biasa..saya sibuk menguruskan rumahtangga...,hari ini saya nak kongsikan resepi PAPAROTI(mexican bun) yang menjadi salah satu kegemaran kami sekeluarga...sedap di makan semasa panas2...bersama secawan kopi ...
Resepi mexican bun(paparoti)
BY noliha khamis
Bahan-bahan
Untuk doh roti
150 g mentega
500 ml susu segar
50 g yis kering
½ sudu teh garam
1 ¼ cawan gula ( ca.100g )
1 biji telur
700 g tepung gandum
untuk filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar
Topping
200 gm mentega (100gm)
160 gm gula icing (80gm)
3 biji telur grade A- pukul sedikit (1 1/2 bj telur A)
1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas. (1 sudu besar nescafe +1 sudu besar air panas)
200 gm tepung gandum (100gm)
saya buat separuh bahan sahaja untuk filling dan topping kerana ia sudah mencukupi untuk doh roti saya..,boleh juga buat dua adunan roti untuk resepi filling dan topping tersebut..
Cara:
Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Cara-caranya
1.Cairkan mentega dalam periuk dan tambah susu. Biarkan campuran menjadi suam ( 37 ° C).larutkan gula dalam campuran susu dan mentega tadi.
2 .Larutkan yis dengan sedikit airsuam .
3.Dalam satu bekas campurkan garam ,tepung,telur dan yis...tuangkan campuran susu dan mentega sedikit demi sedikit...hati2 kerana susu panass!uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.Rehatkan doh 30-40 minit.
3.bahagikan doh roti menjadi 24 ketul...,bentukan bulat2 seperti bola..,kemudian leperkan doh untuk isian filling..
4.Leperkan doh di atas tapak tangan dan isikan 2 sudu teh inti. Tutup seperti membuat pau, agar inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar. (senang dibuat sewaktu inti masih beku)
5. Susun di atas loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega...jarakkan dalam 1 1/2 inci antara satu sama lain.
7. Rehatkan selama 45 minit di tempat agak panas (warm)
8.
Sementara tu, keluarkan topping dari peti ais dan masukkan dalam piping
bag. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas bun secara spiral
bermula dari top centre.
9. Bakar dalam oven yang telah
dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau bun
keperangan. (letakkan loyang di tengah oven agar bun masak sempurna)
gambar di atas adalah percubaan yang pertama membuat mexican bun...kurang comel...tapi tetap gebu dan sedap! |
dan kali kedua mexican bun menjadi...comel je...Alhamdulillah...
sekian dari saya...riang ria paparoti..sedap di makan panas2..
Thanks Norliha sudi jadi kawan dapur saya yang terpencil ni..dan saya juga ada datang dan follow ke dapur Norliha.nice blog!
ReplyDeleteyou're welcome,
DeleteThanks to u too..:-)