Join this site

Sunday, 31 July 2016

Oreo cheesecake cookies


 


Oreo cheesecake cookies
Bahan-bahan
200 g mentega lembut
200 g krim keju
350 g gula icing
2 sudu teh esen vanila
90 g tepung jagung
550g tepung gandum
250g  coklat chip
500 g biskut Oreo(jadikan serbuk)
Cara-cara:
1.Pukul perlahan-lahan mentega lembut dengan krim keju.
2.Masukan gula dan kemudian esen vanila.
3.Kemudian campuran tepung sehinggamenjadi doh.
4. masukan chip coklat.Gaul rata
5.Letakkan doh dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih..
6.bentukan doh menjadi bola bulat (menggunakan kira-kira 1 sudu besar doh setiap satu) dan gulung dalam serbuk Oreo).
7.Bakar pada suhu 180 ° C selama 12-15 min.
8.Sejukan di atas dulang pembakar selama 5 minit.setelah sejuk sepenuhnya...simpan dalam bekas kedap udara.


Friday, 8 January 2016

Roti oat kasar...sesuai untuk makan tengahari dan malam...

Masa: lebih 60 min
Bahan-bahan

    
Rendaman:
    
Air panas 6 ml
    
300 g 
lightly cooked oatmeal
    
150g wholemeal wheat, coarse

    
100 g oat bran
    
Dough utama:
    
750g tepung gandum
    
2 sudu teh garam
    
2 sudu besar gula
    
4 dl susu skim
    
½ cawan minyak canola
    
1 pk Yis
    
Telur  dan oatmeal untuk hiasan
Rendaman:
1. Campurkan bahan rendaman bersama air di dalam mangkuk adunan. Uli  dengan tangan atau dengan pengadun pada kelajuan rendah. Doh akan melekit. Tutup mangkuk dengan plastik dan biarkan  selama 20 minit.
Dough utama:
2. Masukkan tepung, garam, gula, susu dan minyak canola dalam mangkuk yang sama.tambah yis dan uli doh . Doh masih akan sedikit melekit.
3. Tutup mangkuk dengan plastik dan biarkan suam sehingga doh telah dua kali lebih besar. Selama 45 minit.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama.Bentukan bujur..dan letakan dalam acuan ..biarkan di tempat yang hangat sehingga doh telah naik kepada saiz dua kali.
5. berus roti dengan telur dipukul perlahan. Taburkan dengan oatmeal dan  dipotong sedikit bahagian atas doh dengan pisau yang tajam.
6. Bakar roti  di bahagian bawah ketuhar pada 220 ° C selama kira-kira 40 minit. Sejukkan di atas rak dawai.

    
Masa: lebih 60 min
  

Thursday, 20 February 2014

Crispy Cornflakes...

Crispy cornflakes..
By Norliha Khamis
Bahan-bahan
200 g cornflakes
100 g sweet prune
50 g kelapa kering
4 tbs bijan hitam
4 tbs bijan putih
100 g butter
6 tbs light syrup atau madu
Cawan kertas secukupnya
Caranya..
Panaskan oven 150darjah celcius
1.campurkan ke semua bahan kering
2.cairkan butter dan light syrup
3.tuangkan ke dalam bahan kering,gaul rata
4. Isikan ke dalam cawan kertas
5.bakar 10 minit
6.sejukan sebelum di hidang
Yummy delicious!

Resepi mudah..Guacamole..

Khasiat Avocado..

BUAH Avocado mungkin tidak sepopular buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran negara ini.
Bagaimanapun bua h yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.
Di kalangan wanita di negara ini mungkin sekian lama tahu mengenai buah avocado ini tetapi tahap pemahamannya hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.
Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus.
Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup.
Baru-baru ini Euro-Atlantic Sdn. Bhd., pengimport buah-buahan di negara ini mengundang Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland untuk menyampaikan ceramah mengenai Rasa Avocado Australia.
Ceramah yang disampaikan di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, itu bertujuan mendedahkan tentang kelebihan nilai pemakanan buah avocado.
Jelas Jodie, avocado Australia memang istimewa kerana ia didatangkan daripada ladang yang terpilih supaya kualiti dan khasiatnya terjamin setelah dieksport.
''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.
Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.
Selain itu, katanya, buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.
''Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,'' katanya.
Katanya, buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.
Jelas Jodie, buah avocado Australia terdapat dalam dua jenis iaitu hass di mana berbentuk lonjong dengan kulitnya agak menggerutu berwarna hijau yang bertukar menjadi gelap dan ungu setelah masak.
Manakala jenis shepard pula berbentuk lonjong macam pir yang berwarna hijau dengan kulit lebih licin dengan rasa isi lebih lembut dan lemak.
Katanya, disebabkan bahagian luar avocado agak lembut maka ia perlu dipegang dan disimpan dengan cermat supaya tidak mudah lebam.
Pada majlis itu juga diadakan demonstrasi resipi Avocado Zimbabwe dan lebih banyak resipi lagi boleh dicari dengan melayari www.avocado.org.au.


Resepi Guacamole..
bahan-bahan
2 biji avocado
1 biji kecil bawang merah(potong dadu)
1 biji bawang putih(di parut )
1 biji lemon(ambil jus)
1 biji tomato(potong dadu)
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa..
1 biji cili merah atau hijau di dadu halus
taco chips 

cara-cara
1.Keluarkan biji avocado,dalam bekas sederhana besar hancurkan avocado..
2.Campurkan kesemua bahan-bahan...gaul sebati...
3.Rehatkan 30 minit dalam peti ais..sebelum di hidangkan bersama Tacos chips..



Khasiat Dan Kelebihan Garam Bukit Yang Kita Tidak Tahu


Santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

Kita Disogok dengan fakta palsu.

Ambik garam lebih kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup Nabi ye.

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.
~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.
~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.
~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.
~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.
~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.
~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Beza Garam Putih, Garam Bukit & Garam Semulajadi.

Perbezaan di antara garam bukit yang didakwa garam 'asli' dan garam semulajadi dari pergunungan Himalaya serta garam laut. Ramai yang terkeliru dengan jenis-jenis garam yang terdapat di pasaran hari ini dan mereka kurang mendapat maklumat tentang mana satu yang terbaik untuk tubuh kita. Garam ialah sejenis mineral. Dalam bahasa kimia, ia dipanggil sodium klorida. Garam menambah perisa kepada makanan dan sebagai bahan pengawet. Garam adalah satu-satunya jenis 'batu' yang boleh dimakan manusia. Apa saja jenis garam sama ada garam bukit, garam laut atau garam putih datang dari alam semulajadi. Kaedah pemprosesan selepas itu menjadikan garam-garam ini berbeza. Garam putih berasal dari lautan atau batu dari gunung. Ia sebenarnya sudah diproses dan 'dibersihkan' agak keterlaluan. Sama seperti memproses gula tebu untuk dijadikan gula putih. Garam putih boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa. Walaupun ia berasal dari alam semulajadi, ia sudahpun melalui proses kimia dan menjadikan ia tidak sesuai untuk tubuh manusia. Tetapi 99% pengguna di negara ini masih menggunakan garam jenis ini untuk masakan. Garam laut pula berasal dari lautan. Warnanya agak kelabu tidak seperti garam putih yang berwarna putih 'bersih'. Garam laut didapati dari lautan dan dikeringkan melalui proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Ia hampir 100% asli dan lebih baik dari garam putih. Garam bukit (seperti gambar) pula berasal dari gunung-ganang. Warnanya ialah kemerahan atau pink. Yang terbanyak di pasaran ialah garam Himalaya - iaitu digali dari batu mineral di pergunungan Himalaya. Garam ini adalah adalah seratus-peratus asli dan hampir tidak diproses. Ini adalah jenis garam yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain. Pergunungan Himalaya boleh dikatakan masih bebas dari pencemaran alam dan garam di sini adalah jenis yang terbaik. Garam bukit asli ini juga boleh diperolehi di kawasan pergunungan negara-negara Eropah tetapi di sini terdapat banyak pencemaran. Terdapat satu senario jenis garam yang terdapat di pasaran yang didakwa 'garam asli' atau 'garam bukit' tetapi yang peliknya ia berwarna putih bersih hampir tiada beza dengan garam putih biasa. Agak melucukan ia dikatakan adalah garam asli. Sebenarnya ia bukan jenis yang berbeza tetapi sama dengan garam putih. Dakwaan sebegini adalah salah satu strategi pemasaran (penipuan produk) kerana semua garam putih berasal sama ada dari lautan atau gunung. Disebabkan ia diperolehi dari gunung, maka dengan mudahnya pengeluar meletakkan label sebagai 'garam bukit' dan 'garam asli'. Jika ia benar-benar garam asli yang diambil dari kawasan pergunungan, warnanya tidak seputih sedemikian rupa. Jadi, ia sudah pasti diproses secara keterlaluan. Hari ini, berbagai helah telah digunakan oleh pengeluar untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagai pengguna, kita perlu bijak mendapatkan informasi terkini dan menyelidik apa agenda di sebalik semua dakwaan itu.

~Wallahua'lam.

Friday, 14 February 2014

Bercerita tentang ikan sardin segar dari laut Norway...

Assalamualaikum..,
bercerita tentang makanan di tempat kediaman kami di norway..amatlah susah untuk mencari kedai makanan Halal..,kami masak setiap hari..seperti sajian di bawah..ikan sardin(makrell).Ikan sardin ni fresh kami perolehi dari hasil memancing di laut..ikan sardin ini hanya mudah di perolehi pada musim panas sahaja..tiba musim winter,tidak dapat la kami keluar memancing ikan di laut...cuaca sejuk yang teramat sangat..adalah baik untuk hanya tinggal di rumah sahaja..hahaa..
Ikan sardin di norway ini rasa sangat lemak dan manis..sedap di bakar dan di cicah air asam atau kicap bersama cili dan bawang..Sedap!Memang membangkitkan selera...,tambah pula di 
makan bersama dengan nasi panas...

 Inilah rupa ikan sardin segar dari laut Norway....cantik berkilau-kilau kulit ikan sardin ni kan....maklumla baru naik dari laut...sekali turun memancing pada musimnya ..,tapi bergantung pada cuaca juga kalau hari cerah..panas..angin tidak kencang..,memang berkilo-kilo boleh dapat...rezeki di rantauan...Alhamdulillah...
 Ikan ini boleh juga di buat laksa...sedapDengan rasa yang lemak-lemak masam pedas..sudah cukup untuk menghilangkan kerinduan kami kepada laksa tanahair Malaysia...laksa ini memang menjadi kegemaran saya sejak dari kanak-kanak lagi..saya anak kelahiran johor,tapi kurang gemar makan laksa johor...hahaaa..lebih suka laksa negeri orang!laksa penang memang menambat selera saya..
walaupun tak sama kala dan lari sedikit rasanya..ia tetap sedap di tekak saya..hahaaa..

Sekian dahulu saya bercerita tentang ikan sardin..bertemu lagi di entry yang akan datang...salam ceria dari saya...,
Kak Liha..

Wednesday, 12 February 2014

Vanilla muffins..

vanilla muffin sedap!
Vanilla muffins..
By norliha khamis
menghasilkan sebanyak 20 vanilla muffin yang comel...
bahan-bahan:
1 cawan gula
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak jagung
2 1/2 sudu kecil vanilla esen
muffin cup secukupnya
1 1/2 sudu kecil gula pasir
1/8 sudu kecil serbuk kayu manis

cara..
1.panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius
2.campurkan telur dan gula,pukul sebati..
3.ayak tepung dan baking powder
4.campurkan susu,minyak dan vanilla..pukul sebati..
5.masukan tepung sedikit demi sedikit sambil di pukul..gaulkan hingga sebati.
6.masukkan dalam muffin cup 2/3 full
7.campurkan gula dan serbuk kayu manis..gaul rata..
8.taburkan ke atas muffin
9.bakar selama 15-20 minit