Join this site

Tuesday, 24 December 2013

Cream puff jagung...

cream puff jagung sedap!
 


  Cream puff..anak-anak saya  sukakanya...
tambahan pula jika berintikan jagung manis...sekejap saja lesappp!
macam biskut chips more tu..hahahaa..
di sini saya kongsikan resepi yang saya ambil dari zaliana@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair atau fresh milk..
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
  • 2biji kuning telur...dan esen vanila
panaskan oven 200 darjah celcius
  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.

  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer

  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff keperangan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula telur n esen..Kacau hingga naik wap dan pekat
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff