PAVLOVA |
saya akan kongsikan disini resepi pavlova yang menjadi kegemaran keluarga...
saya ubahsuai kerana resepi asal terlalu manis...
untuk resepi pavlova ini sila pastikan tiada kesan minyak atau air pada setiap peralatan yang hendak di gunakan..sila panaskan oven 15 minit sebelum proses membakar..
resepi pavlova
by Norliha khamis
bahan-bahan
4 biji telur putih
100 gram gula castor
1 ts cuka makan
1 ts tepung jagung
hiasan
whipping cream
buah-buahan seperti kiwi,strawberry,manggo,blueberry..
panaskan oven 200 darjah celcius
cara-cara
1.1.pukul putih telur hingga kental..andai di terbalikkan mangkuk putih telur tak akan jatuh..
2.masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul,pukul hingga gula sebati dengan putih telur..lebih kurang 8 minit..apabila di rasa dengan jari..terasa tiada biji2 gula pasir..kental ,tebal dan berkilat( make a thick and glossy meringue)
3.campurkan cuka
4.ayakkan tepung jagung ke dlm putih telur
5.pukul sebati..jangan terlalu lama..
6.gaul kaup balik dengan perlahan..jangan terlalu laju..
7.letakkan atas dulang pembakar..buat bentuk bulatan atau sebagainya...
8.turunkan suhu oven pada 120 darjah celcius
9.bakar selama 1 jam 15 minit.sehingga permukaan atas kering dan crispy..
10.biarkan dalam oven sehingga sejuk,buka sedikit pintu oven.
11.pukul whipping cream hingga kental
12.letakkan di atas pavlova dan dengan hirisan buahan.simpan 30 minit dalam peti ais..atau terus di hidangkan..
Yummy pavlova! |
No comments:
Post a Comment