Tuesday, 21 January 2014

Cinnamon bun

Resepi cinnamon bun
by Norliha khamis
bahan-bahan..
    Untuk doh roti
    150 g mentega
    
5 ml susu segar
    
50 g yis kering
    
½ sudu teh garam
    
1 ¼ cawan gula ( ca.100g )
    
1 biji telur
   
700 g tepung gandum


Untuk filling
    
100 g mentega( suhu bilik)
    
100 g gula pasir
    
4 sudu teh serbuk kayu manis


    
Taburan dan sapuan atas
    
1 biji telur  

4 sudu besar gula mutiara atau gula kasar(option)
Cara-caranya
 1.
Cairkan mentega dalam periuk dan tambah susu. Biarkan campuran menjadi  suam ( 37 ° C).larutkan gula dalam campuran susu dan mentega tadi.


2 .Larutkan yis dengan sedikit airsuam .
     
3.Dalam satu bekas campurkan garam ,tepung,telur dan yis...tuangkan campuran susu dan mentega sedikit demi sedikit...hati2 kerana susu panass!uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.Rehatkan doh 30-40 minit.
   

 4.
campurkan gula,mentega dan kayu manis untuk pengisian.


5.canaikan doh seperti gambar di bawah
6.canaikan doh...sapukan dengan filling.Lipat ke bahagian dalam seperti gambar di atas.Potong doh kepada 24 bahagian.Ambil satu bahagian tarik sedikit ... gulung dan pusingkan..buat sampai habis.Rehatkan 30 minit.
sapukan dengan telur dan taburkan gula.


 7.
Panaskan oven kepada 250 ° C.Bakar 8-10 minit.


     Sedia di hidangkan.....
 


Cinnamon bun

chocolate chip banana cake


Kepada pengemar kek pisang boleh cuba resepi di sini...selamat mencuba..:-)
kek pisang coklat cip
by Norliha khamis
Bahan-bahan
100gm majerin lembut
70gm gula kastor
30gm gula perang
2biji telur asingkan kuning
150gm tepung gandum di ayak
1ts serbuk penaik baking powder
1ts baking soda
1 tsb susu segar
2 biji pisang di lenyek
200 g coklat chip

cara-cara
1.pukul putih telur hingga kembang dan ketepikan
2.majerin dan kedua jenis gula di pukul hgga kembang
masukan kuning telur pukul lagi
3.masukan tepung, serbuk penaik dan baking soda gaulkan
masukan pisang,susu dan putih telur gaul sebati
4.masukan coklat chip dan gaulkan
5.bakar 190c 30-35minit

Khasiat limau kasturi...

limau kasturi
Khasiat limau kasturi. Tahukah anda apa khasiat limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa? Untuk pengetahuan anda perahan jus limau kasturi memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaan buah limau kasturi tak terhenti setakat itu sahaja. Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.



Ini kerana bukan hanya jus limau kasturi, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa juga, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau dengan menggunakan buah limau kasturi.
Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ini satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan cara menggunakan buah limau kasturi sekali.
1. Limau Kasturi Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminum jus limau kasturi pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara meminum jus limau kasturi seminggu sekali.
2. Limau Kasturi Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulit buah limau kasturi secara mentah.
3. Limau Kasturi Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.
4. Limau Kasturi Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya buah limau kasturi digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran jus limau kasturi tersebut hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.
5. Limau Kasturi Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran jus limau kasturi dan garam tadi pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?
Sumber : PetuaSejagat, FiqSan
PS: Penggunaan limau kasturi untuk mengubati penyakit adalah salah satu ikhtiar penyembuhan. Sesungguhnya Allah SWT yang berkuasa menyembuhkan manusia daripada kesakitan.

Monday, 20 January 2014

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
 .
.

Kandungan Surah Al Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
 .
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
 .
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
 .
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
 .
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
 .
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
 .
.
.
.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
 .
.

Fadhilat Dari Hadis

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
  • Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
  • Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
 .
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
 .
 .
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .
4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 
  • Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 
.
.

Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk

Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
 .
1.  Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
.

2.  Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
.
.
Wallahua’lam bish showab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Vanilla custard apple pie...

Apple pie

Yummy vanilla custard apple pie..
by Norliha khamis
Bahan
200 g tepung gandum
100 g mentega lembut
3 sudu besar gula
3 sudu besar air sejuk
cara
satukan tepung dan gula..hiriskan mentega..masukkan ke dalam tepung..gaul sebati mengunakan tangan..renjis2kan air..dan uli sehingga menjadi doh yg lembut..simpan dlm plastik...simpan seketika dlm peti ais..
Sementara itu boleh mula sediakan bahan inti...
bahan inti..
2 biji apple di kupas kulit dan dihiris tipis memanjang
1 paket vanilla krim atau buat sendiri

Vanilla krim
3 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula pasir
400ml susu segar fullcream
2 sudu besar whipp cream
3 sudu besar tepung jagung
cara..
campurkan ke semua bahan...kacau atas api perlahan hingga pekat

seterusnya...panaskan oven 200 darjah celcius..
1.canaikan doh mengikut bentuk loyang pembakar pai..cucuk2 bahagian pastry dengan garfu..bakar 10 minit.
2
tuangkan vanilla krim..kemudian susunkan apple..
bakar selama 25 minit...
sejukkan sebelum di hidang..

'selamat mencuba'

ROTI COKLAT BERKEJU..

chocolate bread cheese


**Happy weekend with bread cheese chocolate**
sesiapa yang teringin tu ..saya share resepi campak2 saya ni ya di sini...di malaysia ada bermacam jenis roti ..roti coklat..roti kismis..apa jenis roti pun boleh di gunakan untuk resepi ni..
bahan saya ni tidak ada sukatan..hehee..ikut banyak mane roti di gunakan ya..

chocolate bread cheese
by Norliha khamis
Bahan-bahan
roti secukupnya..apa2 jenis roti pun boleh..
susu full cream..perisa coklat secukupnya untuk melembutkan roti
sedikit madu
coklat milo secukupnya
sedikit gula perang
cheese secukupnya
cara..
1.roti potong bentuk segitiga..susun dalam bekas pembakar
2.tuangkan susu atas roti..agak2 roti basah saja..jangan sampai banjir pulak ya...hehee..
3.taburkan serbuk milo..dan titiskan madu di atasnya mengunakan sudu..
4.ulangi proses melapis roti..yang saya buat ni dua lapis saja..lapis seperti proses di atas..setelah siap proses melapis..taburkan sedikit gula perang..
5. panaskan oven 15 minit sebelum mula proses membakar..
oven pada suhu 200 darjah celcius..
6.bakar selama 15 minit..keluarkan...dan taburkan parutan cheese di atasnya...bakar lagi selama 5 minit..
7.sejukkan...dan boleh di hidangkan..

Saturday, 18 January 2014

Garlic cheese bread..

Assalamualaikum....
Anak-anak gemar makanan yang "simple"seperti ini...mudah dan cepat di sajikan...



garlic cheese bread
Resepi Garlic cheese bread
by Norliha khamis
 Bahan-bahan

2 biji bawang putih di cincang halus
4 sudu besar mentega
 *kedua bahan di atas di satukan..gaul rata*

Bahan serbuk perasa
1 sudu besar serbuk paprika
1sudu teh lada hitam di tumbuk kasar
1/2 kiub ayam di jadikan serbuk halus
oregano kering
*kesemua bahan di satukan untuk taburan atas cheese*

 roti perancis secukupnya di belah dua
mozarela & parmesan cheese secukupnya

Caranya..
panaskan oven 175 darjah celcius
1.sapukan roti dengan campuran mentega dan bawang putih
2.bakar 5 minit...keluarkan dari oven...taburkan cheese dan serbuk perasa
3.bakar 5 minit atau sehingga cheese mencair...

Hidangkan ketika masih panas..




Sedap di makan panas-panas...

FLOWERS...



BUNGA...OH...BUNGA...*HOUSE OF FLOWERS*...BUNGA...OH...BUNGA









Thursday, 16 January 2014

Wahai kaum adam....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, solatnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Wednesday, 15 January 2014

Indahnya salji di negara orang...

Assalamualaikum...
Tahun 2014 adalah hari- hari terakhir kami berada di negara empat musim...terasa saat itu berlalu pantas sekali...terlalu banyak kenangan pahit dan manis  kami lalui di sini...semua itu adalah kenangan...pengalaman yang terlalu indah buat kami sekeluarga...dan melihat anak-anak membesar di depan mata...adalah anugerah dan nikmat kehidupan dari Allah yang maha besar....
seronok main salji..

Tuesday, 24 December 2013

Cream puff jagung...

cream puff jagung sedap!
 


  Cream puff..anak-anak saya  sukakanya...
tambahan pula jika berintikan jagung manis...sekejap saja lesappp!
macam biskut chips more tu..hahahaa..
di sini saya kongsikan resepi yang saya ambil dari zaliana@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
  • Bahan-bahan untuk inti jagung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair atau fresh milk..
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
  • 2biji kuning telur...dan esen vanila
panaskan oven 200 darjah celcius
  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.

  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer

  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff keperangan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
  7. Cara-cara untuk inti
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula telur n esen..Kacau hingga naik wap dan pekat
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Happy Family Day at Kg Desa Murni Temerloh Pahang Malaysia                              4,5 & 6 May 2018  Keluarga Ayahanda ...